Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah Ringkas

LATAR BELAKANG PENUBUHAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

 

19 April 1960

Majlis Mesyuarat Negeri telah meluluskan pembentukan badan yang dinamakan sebagai Lembaga Bahasa dengan tujuan untuk memeriksa perkara-perkara yang berhubung dengan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

 

16 September 1961

Lembaga Bahasa menjadi sebahagian daripada Jabatan Pelajaran yang bertanggungjawab mengendalikan bidang kebahasaan, mempertingkat pemakaian, penggunaan dan penyebaran bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam.

 

1962

Lembaga Bahasa ditukar namanya menjadi Bahagian Bahasa dan Pustaka.

 

1 Januari 1965

Bahagian Bahasa dan Pustaka dinaik taraf menjadi sebuah jabatan kerajaan yang mempunyai pejabat sendiri dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.​​